Tuesday, June 28, 2011

Petua Membuat Biskut

Selak2 resepi cookies utk hari raye ni, ibu adam terjumpe petua utk buat cookies. Petua ni ibu dpt dari http://citarasawan.blogspot.com

Membuat biskut tidaklah begitu rumit, ikutlah  sukatan dan cara yang betul jika tersalah adun pun masih lagi boleh di perbaiki jika terlebih tepung tambahkan mentega dan jika terlebih mentega pula tambahkan saja tepung mengikut keperluan..
Di sini kak wan nak berkongsi sedikit petua  membuat biskut yang ranggup dan enak ...



1.  Mentega

Guna mentega tulin seperti Tatura Butter, SCS, Anchor dan jenama yang tertulis Pure Butter atau lepa susu seperti Buttercup.  Menggunakan majerin memberi rasa yang masin dan kurang enak, selain itu biskut cepat berbau hamis.


2.  Kekacang
Semua biskut yang menggunakan kekacang seperti almond, hazelnut, kacang tanah mestilah di bakar terlebih dahulu atau di goreng tanpa minyak, cara ini biskut lebih ranggup dan tahan lebih lama.  Bagi kekacang seperti walnut, pecan, pistachio,macadamia tak perlu di bakar kerana kekacang jenis ni agak berminyak apabila di bakar.  Boleh terus di campurkan ke dalam adunan biskut.

3. Mengaul dan Menguli Adunan
Untuk mendapat hasil yang baik biarkan mentega dan telur pada suhu bilik.  Jangan pukul mentega dan gula berlebihan, cukup hingga berkrim sahaja (apabila mentega bertukar warna lebih cerah).  Terlebih pukul menyebabkan adunan menjadi lembut dan biskut mengembang apabila di bakar.
Seeloknya tepung dan bahan-bahan kering di letakkan dalam satu mangkuk besar berasingan.  Apabila siap memukul mentega, masukkan ke dalam bahan-bahan kering tadi dan gaul  ringan menggunakan tangan hingga menjadi doh.

4.  Merehatkan Adunan
Apabila adunan biskut telah siap, simpan dulu di dalam peti sejuk sekurang-kurang 3-4 jam atau semalaman.   Cara ini menjadikan biskut lebih ranggup.  Setelah di keluarkan dari peti sejuk adunan mungkin agak kering sedikit tetapi jangan risau, tambahkan sedikit mentega dan uli semula hingga lembut.

5.  Lain-lain Bahan Meranggupkan biskut
Tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi, tepung kentang juga memainkan peranan dalam meranggupkan biskut, jika ingin menambahkan tepung-tepung ini kurangkan sukatan pada tepung gandum.  Serbuk Emplex dan Crisco (lemak sayuran,shortening) juga  berfungsi meranggupkan biskut tetapi jangan guna terlalu banyak, ikut sukatan pada resipi.

6.  Adunan yang menggunakan Bijirin
Bagi adunan yang menggunakan bijirin seperti oats, nestum, cornflakes, wheat,  adunannya  mestilah lembut kerana bijirin ini akan menyerap lelemak dan akan mengeras setelah di rehatkan, menambahkan tepung boleh menjadikan adunan bijirin menjadi keras.

7.  Adunan yang menggunakan Nozzle
Adunan yang menggunakan nozzle mestilah lembut dan senang di picit.  Gunakan piping bag yang tebal dan muncung nozzle yang sesuai untuk menekan adunan keluar.  Hanya adunan yang lembut dan plain, tidak bercampur kekacang, raisins dan bahan lain yang mudah di picit keluar.

8.  Dulang Pembakar
Guna dulang pembakar dengan tepinya yang rendah untuk memudahkan aliran haba dari oven ke atas biskut.

9.  Menguji Biskut
Untuk menguji biskut samada telah masak atau tidak, tolak biskut dengan garpu dan jika boleh bergerak, tidak melekat di dulang pembakar dan tidak pecah bolehlah di angkat, biskut agak lembik apabila baru di keluarkan dari oven tetapi akan mengeras dan ranggup apabila telah sejuk.

10.  Menyimpan Biskut
Biarkan biskut betul-betul telah sejuk, baru di masukkan ke dalam bekas kedap udara, biskut juga boleh di bekukan di tempat freezer dengan membalutnya dengan aluminium foil dan menyimpannya dalam bekas kedap udara.  Apabila hendak di gunakan lembutkan dahulu pada suhu bilik dan bakar semula selama 5-8 minit.

Jangan menyimpan biskut yang berlainan dalam satu bekas kerana biskut akan menyerap antara satu dengan yang lain.  Guna satu jenis untuk satu bekas.  Jika biskut menjadi lembut, bakar semula pada suhu 150C selama 5-8 minit.

11.  Jangka Hayat Biskut
Biskut tanpa pengawit boleh bertahan selama 3 bulan.  Biskut yang menggunakan pengawit seperti Potasium Sorbate dan Sodium Benzoil boleh tahan sehingga setahun.

Monday, June 27, 2011

Ibu dan anak2 (dlm kereta)

As'salam readers..

Balik school smlm, adam request ibu pegi kedai. Kalau nk ke kedai, ibu kene turn left instead of turn right bile klua dr school adam tu. Padahal waktu tu ibu dah turn right (jln biase utk balik ke rumah). Adam dah melompat2 dan trarik2 tgn ibu suruh turn left. Ibu tanye, "kalau ikut jalan gi kedai, adam x dpt la tgk kapal terbang hari ni. takpe ke?". Adam kate x pe, sbb adam nk jugak pegi kedai beli mainan. Tapi ibu kate, beli makanan je bole, mainan x bole.. Ok la, ok la... Adam beli makanan je.. Ok, deal! Then terpaksa la ibu buat one big round utk cari U-turn demi nk memenuhi keinginan Adam.. Cian ibu..

Ini adalah salah satu di antara beberapa cabaran yg ibu kene tempuhi sepanjang perjalanan dr school balik ke rumah. Bukan ibu bertujuan utk manjakan anak2, tapi klu ibu berkeras x nk bwk adam pergi kedai, sepanjang perjalanan ke rumah Adam akan menangis dan mengamok sampai ibu x bole nk focus driving. Itu belom lg ibu nk berdepan dgn kerenah adik muaz yg x nk duduk diam2 dlm car seat.

Sejak sebulan pindah ke rumah dan school baru, baru seminggu adik bole duduk dlm car seat lame (i.e. 0.5 jam). Minggu pertama, adik mmg x nk duduk langsung dlm car seat dia. Mmg melalak2 die. Maka terpaksa la ibu pangku / menyusukan adik smbil memandu sampai adik tertido then letak kat car seat. Minggu ke dua, ibu nekad (atas cadangan ayah), letak je adik dlm car seat. Nak nangis pon, nangis la. Ibu biar je sampai la adik diam sendiri. Usaha ibu menjadi. Adik bole duduk diam dlm car seat more than 1/2 hour. Unfortunately, masuk minggu ke3 hingga la semalam, adik bikin perangai balik.. Adik keluar sendiri dr car seat tu merangkak pergi ke ibu. Antara sebab lain adik merangkak keluar dr car seat sbb nk join abg kt belakang.. Sori adik, abg boring kt belakang sorang2 so abg nyanyi la kuat2 bg adik dgr.. hihi... Bukan ibu x nk fix the seat belt kt bdn adik, tp adik meronta kuat sgt smpi nmpk mcm nk tercekik. So ibu bukak la balik seat belt tu. Adam rs, ptg ni balik skul, ibu kene nekad utk pasang je seat belt tu. biar la adik meronta tp demi keselamatan adik, ibu x bole bukak seat belt tu. 

Ibu kate, adam dulu bole je duduk dlm car seat tu properly. Sbb x de sape yg nk tarik perhatian adam.. Mcm adik Muaz ni lain sikit, sbb ade je benda yg adam nk buat utk tarik perhatian adik.. huhuhu.. Padahal ibu dah bg adik mainan supaya adik bole khayal main sendiri kt car seat.. tapi...... adam mesti lah nk rampas mainan tu dr adik, kan...? so adik melalak la lagi.... kesian ibu.. bile adik dah melalak pergi ke ibu (yg tgh drive) then duduk kat riba ibu, ramai la org2 kt kereta sebelah2 tu pandang ibu dgn satu pandangan yg menjengkelkan.. mesti diorg fikir, perempuan tu x sayang anak. sanggup drive sambil pangku anak.. hello, uncle2 dan auntie2.. sape kate ibu x sayang adik Muaz?? Adik muaz tu yg x nak behave duk dlm car seat ok.. 

Ok, ni antara aksi adik dlm kereta:



Ok, sape2 yg ade tips nk bg budak kecik duduk diam dlm car seat die, bole la bg cadangan ye...

Tata,
Adam (By Ibu)

Wednesday, June 22, 2011

Novel

As'salam..

Hari ini ibu Adam Muaz akan menulis entry yg tiada kaitan dgn perkembangan anak2.. Pagi2 masuk office bc status ex-officemate, byk status yg die update berdasarkan petikan dr sebuah novel yg sdg dibaca , PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL. Katenya buku ni sgt bagus especially utk para remaja, bakal2 pengantin dan mereka yg bergelar suami/ isteri.. Mase kerja kat Segamat dulu, kitorg slalu pergi ke satu kedai buku ni.. Buku2 kt situ semua best2, mostly buku yg dijual adalah terbitan TELAGA BIRU.

Saye sendiri ada memiliki beberapa buku terbitan TELAGA BIRU antaranya DENYUT NADI MEDIK. Buku ni pon sgt best. Sbnrnya, penulis DNM dan PCSADR adalah pasangan suami isteri. Dalam byk2 koleksi novel saya, buku ni adalah buku yg terbaik pernah saye bace.. Mule2 beli buku sebab bace sinopsisnya yg menceriata perjalanan hidup seorang doctor.. Almaklum la, cita2 dr kecik dulu memang nk jd doctor.. tapi disebabkan belajar main2,, maka cite2 tu kan kesampaian...


Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh _qh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. <source: http://telagabiru.net.my>


Satu lg novel yg saya suka...
Jilid pertama setting cerita di Mesir sedangkan pada jilid kedua di Indonesiayaitu di daerah Jawa. Tokoh utama dalam novel ini adalah Abdullah Khairul Azzam. Dia adalah seorang mahasiswa Indonesia dari pelosok desa di Pulau Jawa yang melanjutkan studi di Mesir. Sebenarnya dia adalah mahasiswa yang berprestasi tetapi semenjak ayahnya meninggal, ia menjadi tumpuan keluarga dan harus membiayai ibu dan beberapa adiknya di Indonesia, hingga dengan keikhlasan hati harus berkorban menjadi penjual bakso dan pembuat tempe di Mesir. Tetapi berkat pengorbanannya, ia berhasil menjadi jalan bagi kesuksesan adik-adiknya dan ia menjadi seorang pengusaha di daerahnya.

Kalau DNM dibeli sebab kisah seorg doctor, tp novel KCB ni pulak saye beli sebab terpengaruh dgn soundtrack Ketika Cinta Bertasbih (Melly Goeslaw) ni..
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Ok, sekarang ms utk mendapatkan novel PCSADR.. Kalau ikut sinopsisnya..
Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.

Nampaknya weekend ni kena lah ajak Ayah Adam Muaz dan anak2 ke kedai buku. Walaupon sebenarnya saye dah mintak tolong my ex-officemate book kan novel tu kat our fav book store kat Segamat nun..  


Sekian~

Tuesday, June 21, 2011

Cyberjaya vs Impetigo

As'salam semua..

Sepatutnye hari ni ibu kene pergi keje kat Cyberjaya.. Sejak pindah keje baru ni (lom sampai sebulan pon), dah 2 kali ibu pegi Cyberjaya. Nasib baik last week x jd pegi sbb ade sorang uncle yg wakilkan department ibu utk present mase Audit Comm Meeting. Sepatutnye, hari ni ibu kene pergi Cyberjaya lagi sebab ade short course pasal new email utk company ibu.. Dan next week skali lg ibu akan pergi ke Cyberjaya utk kenal dgn new HOD ibu.. (Wah..! kaye la ibu dgn outstation claim bulan ni... hihihi)

Tapi, ibu x jadi pegi ke Cyber (yeah, yeah!!) sebab ibu nak bawak adik Muaz ke klinik.. Kepala adik muaz yg berair tu malam td berdarah sbb adik garu2.. Kesian adik, melalak2 die nk tdo mlm td sbb kepala die gatal. bile die garu2 trus luke dan klua darah... Sebenarnye ibu dah 2 kali bawak adik gi jumpe doctor (2 doctor yg berlainan) tp still sakit adik x baik2 jugak...

So pagi ni ibu menggunakan kuasenye sebagai 'acting-HOD' (hihihhi) utk mengahantar uncle Firdaus utk represent department ibu utk short course kt Cyberjaya tu.. Kesian uncle firdaus a.k.a TEd tu, kaki die sakit tp kene pegi jugak.. tp ok la kan uncle sbb naik kete dr melaka ke cyber dan bukan jalan kaki pon... x pe, nnt uncle claim ape2 yg patut nye.. hihihi..

Ibu dtg taska adik pukul 11 a.m. utk amik adik gi clinic Nazmir. Ibu plan baik punye sbb ibu x nak Adam ikut ibu ke clinic sbb adam mesti byk cekadak punye.. Tp ibu dah silap perhitungan.. sbb, lps belajar sekejap td (kat skul adam - TADIKA), adam cakap ngan teacher izah, yg adam nk pegi skul adik (TASKA). Jadi, teacher hantar la adam ke skul adik. Ms ibu sampi skul adik ibu x nmpk adam.. ibu trus pegi kat adik dan cakap2 ngan teacher.. lepas tu, adam pegi kt blkg ibu, tepok ibu dan peluk ibu... heheheh.... checkmate! Ibu x dapat lari dr adam... Adam nk ikut jugak ibu pegi clinic ngan adik Muaz..

Lame jugak adam tggu doctor panggil adik muaz. dekat sejam jugak la kami menunggu padahal x byk pon org mase tu.. auntie yg same2 bwk anak die gi klinik tu ckap, service clinic ni mmg lambat sikit tp so far ok la, ubat2 die not bad... 

Sampai turn adik, adam pon ikut skali masuk bilik doctor.. Doctor cakap, adik mengalami satu masalah kulit yg di panggil impetigo.. masalah ni biase berlaku pd kanak2 disebabkan jangkitan kuman dalam luke.. adik muaz ni habit die suke garu2 kepala masa nk tidur.. jd mungkin ade sikit terluke kat kulit kepala dan kuman dah masuk dlm luke tu.. kemudian ade air2 klua dr luke tu (kaler jernih dan tak berbau). dari air ni la impetigo bole berjangkit ke tempat lain... rupe2nye ade satu impetigo kat tangan adam jugak.. Mungkin sbb adam suke peluk kepala adik, jd air tu kene kat tangan adam.. Maka, doktor bagi kami cream sapu dan antibiotik utk proses penyembuhan.. Oh ya, adik dapat ubat tahan gatal supaya die x lagi menggaru dan dpt cepatkan process penyembuhan..

Utk info pasal Impetigo, sila click http://www.medicinenet.com/impetigo/article.htm

Contoh gambar penyakit Impetigo


Kesian adik Muaz, baru je sembuh dari penyakit Atopic Eczema die, skrg dpt sakit kulit lain pulak.. 
 
Adik Muaz mase kene Atopic Eczema, 
kesian pipi cumil die color merah..

Adam harap adik cepat sembuh ye (dan adam jugak).. So lepas ni bole la adik main, mandi, tidur dll dgn selesa..

Sekian utk kali ini,

Tata..

- Adam  -
(by Ibu)

Sunday, June 12, 2011

- we are moving -

Assalamualaikum all,

Lame btol ibu kami x update our story mory utk tatapan semua. Ini krn dek kekakangan masa yg amat sgt. sebenarnya, sejak kebelakangan ni kami sekeluarga sibuk berpindah dari rumah tangkak ke rumah baru kami kat merlimau, melaka. Ibu dpt kerja baru kt melaka, maka kami semua berpindah ke melaka, adam dan muaz pindah school kat melaka, cuma ayah je yg x pindah kerja...

Dan sejak pindah ke melaka, tiap2 hujung minggu rumah kami terus menerima kunjungan saudara mara (padahal ibu dan ayah x siap lg kemas rumah, tp sedara mara semua dah excited nk tengok rumah baru kami).. Sebenarnya mereka juga amik kesempatan cuti sekolah ni utk gi jln2.. Memandangkan meraka yg dtg mostly dr luar melaka, maka kami sekeluarga bawak mereka jln2 kt negeri hang tuah ni..

Sekian short entry dari ibu.. Maaf, tiada gambar sebagai bahan bukti perpindahan kami sbb ibu blom sempat nk upload gambar dlm PC.

Ok, see u guys in next entry!!

Tata